Saya ada RM1.45 dalam dompet saya sekarang.
Saya ada 3 jenis kad ATM.
Saya ada 11 keping setem. 10 keping setem RM1.00 dan sekeping setem Rm0.30.
Saya ada 3 pasang baju kurung ( yang dibawa ke uia).
Saya ada 2 helai tudung hitam dan sehelai tudung kuning ( yang dibawa ke uia).
Saya ada dua pasang setokin, sehelai coklat sehelai ungu muda.
Saya ada 2 thumb drive, satu 4GB satu 2GB.
Saya ada 3 buah beg – beg sandang belakang, beg sandang tepi, dan beg tarik.
Saya ada sebuah kamera digital.
Saya ada seorang kawan yang bakal melahirkan seorang lagi umat Muhammad bila-bila masa sahaja sekarang.
Saya ada 2 orang abang, seorang kakak, seorang adik lelaki, dan seorang adik perempuan.
Saya ada seorang nenek yang masih hidup. Yang beberapa tahun sudah saya tidak balik menjengah.
Saya tidak tahu ada beberapa tahun lagi baki masa saya hidup (mungkin beberapa hari atau beberapa jam). Tetapi saya telah merancang untuk hidup lama…
Saya tidak mahu membazirkan banyak masa lagi kerana saya telah pun membazirkan banyak masa.
…
…
…
Saya ada sebuah laporan projek akhir tahun yang perlu dikemaskinikan sebelum esok.



Komen terbaru