Kereta tiba-tiba mati. Belum sampai ke Tapah lagi, di tengah-tengah kawasan berbukit dan panas terik tengahari.
“Nasib baik kau ada”, kata D yang memandu Proton Satria yang bakal di jual.
Kenderaan-kenderaan yang laju memintas kereta kami yang tersadai di tepi jalan.
Di hadapan, seorang pekerja buruh yang memakai jaket keselamatan sedang melambai-lambai bendera merah kepada kenderaan-kenderaan yang laju.
“Tu, ada orang! Kalau enjin kereta ko tak hidup jugak, kita pegi mintak tolong dia, D”. Kata aku.
“Teruk ke rabun ko?” Tanya D.
“Kenapa?”
“Itu patung ma..bukan orang! Serius, ko tak penah tahu?”



Posted by zul on Jun 10, 2009 at 2:37 pm
ahakz…..lawak…boleh tanya D tu ada darah cina ker…cam kenal.
Posted by naimadnin on Jun 26, 2009 at 5:47 pm
D takde darah cina..tapi muka dia mmg macam ada cina2 sikit
Posted by choyang on Julai 25, 2009 at 1:43 am
very nice to blogs